BÌNH CHỌN
  • Cáp Quang Đứt Tiếp Nhé Các Bạn.
  • Khi xem phim nếu gặp lá»—i "Error loading media: File could not be played", vui lòng nhấn f5 vài lần để xem được phim. Vui lòng tôn trọng encoder khi comment, không chá»­i bậy.
  • Nếu Ä‘ang xem giữa chừng bị lá»—i vui lòng F5 (refresh) để xem tiếp.
  • Nếu ai sá»­ dụng DNS 8.8.8.8 và 8.8.4.4 mà không xem được phim (bị lá»—i redirect.google...not found) thì thá»­ đổi sang DNS 208.67.222.222 và 208.67.220.220 sẽ xem bình thường nhé.

Choose Server Link


Post Content

Tonton Gegar Vaganza 2014 - Astro Maya HD Full Episod

Bagi merancakkan lagi industri seni tanah air, Astro memperkenalkan program realiti baru berjudul Gegar Vaganza yang menyaksikan 12 penyanyi 'otai' tanah air bersaing dalam pertandingan nyanyian. Mereka adalah Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Program berlangsung selama lapan minggu itu bakal bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 16 November ini di saluran Astro Ria. Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala pemenang tempat kedua bakal memenangi RM30,000. Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima RM15,000 serta RM5,000.

Setiap pemenang turut diberikan trofi. Dua nama besar, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dilantik sebagai juri tetap program berkenaan. Selain itu, tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob serta Nash Lefthanded akan membantu menjayakan program itu pada setiap minggu.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, program itu sebagai inisiatif untuk mengembalikan kehebatan vokal penyanyi profesional berkenaan yang mungkin sudah lama tidak disaksikan penonton.

"Peserta adalah penyanyi yang pernah mencipta nama di persada seni dan menjadi kegilaan ramai pada suatu ketika dulu."Jadi menerusi program ini, mereka berpeluang mengembalikan zaman kegemilangan mereka, malah meningkatkan keyakinan diri dan kesungguhan di samping berhibur," katanya.

Jelasnya, memandangkan program itu pertama kali diadakan, nasib peserta diadili sepenuhnya berdasarkan permakahan juri dan bukannya undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Disebabkan rakaman awal sudah dilakukan, mungkin ramai sudah mengetahui siapa yang tersingkir. Namun, kami percaya program ini akan mendapat sambutan menggalakkan kerana penonton pasti ingin mengetahui sebab peserta disingkirkan," katanya.

Mengenai penyertaan Sharifah Zarina dan Fazli Zainal yang dianggap 'junior' daripada peserta lain, Raqim berkata, pihak Astro mahu memberi kepelbagaian dalam program terbabit."Sebenarnya, kami ada memberi peluang kepada beberapa artis untuk menyertai program ini, tetapi mereka tolak kerana sibuk.

Jadi kami membuka penyertaan untuk Sharifah Zarina dan Fazli," katanya.

Program Gegar Vaganza juga bakal menyaksikan gabungan mantap dua pelawak popular iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. 

[id]Promo;https://www.youtube.com/watch?v=-1OMG4kmO3U|F1;https://picasaweb.google.com/lh/photo/tE3t7X4DtzW3oyTcuHCkGibtMJhP5TLigf154LvN7iU|F2;http://www.dailymotion.com/video/x2bkghv_gv-2014-02_shortfilms?syndication=122829|[/id]

Loading comment

Reated Movie

Most Viewed Post Here

Drama
Telemovie
Filem