BÌNH CHỌN
  • Cáp Quang Đứt Tiếp Nhé Các Bạn.
  • Khi xem phim nếu gặp lá»—i "Error loading media: File could not be played", vui lòng nhấn f5 vài lần để xem được phim. Vui lòng tôn trọng encoder khi comment, không chá»­i bậy.
  • Nếu Ä‘ang xem giữa chừng bị lá»—i vui lòng F5 (refresh) để xem tiếp.
  • Nếu ai sá»­ dụng DNS 8.8.8.8 và 8.8.4.4 mà không xem được phim (bị lá»—i redirect.google...not found) thì thá»­ đổi sang DNS 208.67.222.222 và 208.67.220.220 sẽ xem bình thường nhé.

Choose Server Link


Post Content

Tonton Ariana Rose 2013 - Slot Akasia TV3 Full Episod

Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013.

Drama bersiri Ariana Rose diarahkan oleh Raja Alauddin Shah bakal disiarkan mulai 30 Disember 2013 selepas tamatnya Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di tonton.com.my

Judul Drama : Ariana Rose
Pengarah: Raja Alauddin Shah
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative
Episod : 28 episod
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 30 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3

SINOPSIS DRAMA ARIANA ROSE

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya,

Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan. Pengakuan palsu itu telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar.

Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya. Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan.

Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi. Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah.

Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul. Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu.

Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana. 

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana.

Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


Loading comment

Reated Movie

Most Viewed Post Here

Drama
Telemovie
Filem